Darul Ariff Centre

Mengaji 

Realiti Subjek

Pra-sekolah

Ustaz Mohamad Nor Ariffuddin

E-BOOK TERBITAN DARUL ARIFF

EASY NGAJI

Pengusaha Darul Ariff

Pakar Pengajian Al-Quran Kanak-kanak.

Ustaz Ariff Noor merupakan seorang hafiz Al-quran yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembelajaran iqra dan Al-quran kanak-kanak khususnya golongan Pra-Sekolah.

Ustaz Ariff Noor Al-Hafiz

Penulis

E-Book

Realiti

luahan suara hati si penulis.

Pernahkah kita melihat kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita yang sudah dewasa masih lagi tidak mampu membaca Al-quran dengan baik?



Pelbagai foktor yang boleh dikaitkan dengan perkara di atas. Antara sebab yang popular diberikan adalah sewaktu mereka kecil, mereka pernah mengaji tetapi pengajian yang mereka belajar tidak dapat difahami dan diamalkan dengan baik. Subjek mengaji dianggap terlalu susah untuk mereka belajar dan mahir.



Persoalannya kenapa?


1

Izinkan saya memberi pandangan saya sebagai seorang guru mengaji. Kenapa subjek mengaji kurang digemari oleh umum adalah disebabkan faktor pembelajaran. Mereka diajar dengan cara yang kurang menarik, bosan serta diiringi dengan penerangan yang rumit serta tinggi oleh guru sehinggakan terlalu sukar untuk dipelajari.



Di sini kita dapat melihat betapa pentingnya peranan seorang guru. Guru yang pandai mengaji tidak semestinya boleh mengajar dengan bagus. Ini kerana mereka perlu ada pengalaman serta kaedah yang bersesuaian sebagai persediaan tambahan bagi menghadapi cabaran yang bakal dihadapi ketika mengajar.

Alhamdulillah, setelah lebih 10 tahun berkecimpung sebagai seorang guru mengaji kanak-kanak & dewasa, saya dan team Darul Ariff telah menerbitkan satu sistem pembelajaran mengaji yang lebih Advanced serta mudah untuk dipelajari oleh semua golongan terutamanya kanak-kanak. Kaedah ini dinamakan Kaedah Easy Ngaji.



Saya suka memfokuskan golongan kanak-kanak kerana mereka inilah pelapis generasi yang akan menggantikan kita. Ruginya kita jika golongan kanak-kanak ini kita tidak rebut peluang untuk berikan mereka suatu pembelajaran mengaji yang selaras dengan tahap pemahaman mereka. Minat kanak-kanak terhadap subjek mengaji akan meningkat jika kita ada sistem & kaedah yang sesuai.

2

Dengan itu, kami di Darul Ariff ingin berkongsi kaedah mengajar yang tepat kepada guru-guru tadika, taska dan sekolah. Saya percaya masalah pelajar yang sukar, malas dan tidak minat mengaji akan dapat diatasi bermula dengan guru. Ya betul, segalanya harus bermula dengan guru kerana guru yang berkualiti akan melahirkan pelajar yang berkualiti juga. Kaedah Easy Egaji ini lebih memfokuskan kepada persediaan diri seorang guru sebelum, semasa dan selepas mengajar mengaji.



Akhir kata, saya amat berharap agar amalan membaca Al-quran dapat diterapkan dengan baik dalam diri setiap kanak-kanak daripada mereka kecil sehinggalah dewasa. Saya juga berharap agar di zaman mereka nanti semua golongan dewasa berkebolehan membaca Al-quran dengan baik sehinggakan sesiapa yang tidak pandai mengaji dianggap pelik.

Sekian nukilan saya,








*Ustaz Ariff Noor Al-Hafiz.

*Pengusaha Darul Ariff.

*Pengasas Kaedah Easy Ngaji.

*Penulis Modul Iqra Aulad.

3

3

yang  sering dihadapi oleh guru ketika mengajar kanak-kanak mengaji.

Situasi

Situasi 1

Guru sukar memberi penerangan dan kefahaman kepada pelajar.

Situasi 2

Guru mudah marah & stress kerana

bacaan pelajar tidak seperti yang diharapkan.

Situasi 3

Guru tiada panduan mengajar yang lengkap kerana tiada sistem & kaedah.

Hakcipta Darul Ariff

4

Kenali faktor wujudnya

cabaran dalam pembelajaran

mengaji antara guru dan murid.

Guru

V.S

Murid

Hakcipta Darul Ariff

5

4 Faktor guru

Kurang

pengalaman

Kurang

 sabar

Garang

Kurang

ilmu

Seorang guru yang tidak mempunyai ilmu asas pembelajaran Al-quran akan mengalami kesukaran mengajar kanak-kanak mengaji.

Paling penting, sebagai seorang pengusaha institusi pendidikan tadika, taska atau sekolah perlu memastikan setiap guru yang ditugaskan untuk mengendalikan pembelajaran mengaji kanak-kanak perlu diberi penekanan ilmu Al-quran terlebih dahulu.

Hakcipta Darul Ariff

6

4 Faktor Murid

Lambat

pick-up

Tidak

focus

Pelat

Malas

  Gambar rajah di atas menunjukkan 4 faktor utama murid yang memberi cabaran kepada guru-guru.


  Fakor lambat dan tidak fokus pelajar memerlukan kreativiti guru. Ia sangat berkait rapat dengan sistem, kemahiran serta pengalaman mengajar.

Hakcipta Darul Ariff

10

Maafkan saya

cikgu, saya

PELAT!

Apakah itu pelat?


Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya samada anak mereka pelat atau tidak. Sama seperti kemahiran fizikal, kanak-kanak akan meniarap, merangkak, berjalan sebelum dapat berlari. Begitu juga dengan pertuturan kanak-kanak. Pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada peringkat umur tertentu. Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi (artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi). Kanak-kanak sepatutnya mahir menyebut bunyi tertentu apabila mencecah umur yang tertentu.



11

Hakcipta Darul Ariff

Semasa umur 5 tahun, proses fonologi akan berhenti dan sebutan mereka mula menyerupai orang dewasa. Tetapi ada juga yang berterusan sehingga berumur 7 tahun. Selepas umur 7 tahun, kanak-kanak sepatutnya tidak lagi pelat.


Tips ajar pelajar pelat :


Selalunya pelajar akan pelat huruf SA.

= SA

Jika mereka sebut TA (pelat), sabar dan cuba lagi beberapa kali. Jika pelajar pelat masih lagi menyebut TA, janganlah kita perlekehkan mereka. Pujilah mereka dan katakan bagus. Ingat, mereka hanya pelat, tetapi mereka tidak PEKAK.

Janganlah kita berasa marah jika sebutan SA menjadi TA, sebaliknya terus memuji pelajar berkenaan dengan kata-kata semangat. Teruskan mengajar huruf seterusnya jangan ditunggu sehingga boleh menyebut huruf SA, kerana lidahnya saja yang pelat tetapi tidak dalam pendengaran dan pemikirannya.

Perlukah saya risau?


Tidak perlu risau jika perkembangan bahasa dan bunyi pertuturan masih menepati tahap umur mereka. Jika tidak, anda perlu mendapatkan rawatan selanjutnya.



Hakcipta Darul Ariff

12

Perkenalkan huruf yang tepat walaupun mereka pelat menyebut.

Mereka hanya pelat, bukan pekak.

Jika pelajar berjaya menyebut huruf yang mereka pelat dengan sebutan yang hampir tepat, berikan mereka pujian dan semangat.

Ingat pelat bukan kekurangan atau kelemahan, janganlah kita abaikan mereka.

13

"Berwaspadalah dengan pelajar yang MALAS,

Kerana merekalah yang paling SUKAR."


Hakcipta Darul Ariff

14

Tips Ajar Pelajar Yang Malas

Reward / Ganjaran

Beritahu mereka dengan nada memujuk & ceria yang jika mereka dapat membaca dengan baik, mereka akan perolehi ganjaran. Contoh ganjaran yang mudah adalah dengan memberi mereka sticker yang sesuai dengan umur mereka.

Berikan pujian dan semangat.

Tunjukkan kita mempercayai kemampuan mereka dan berilah mereka masa untuk lihat perubahan mereka.

15

Tips &

Rahsia

Di sebalik seorang pengajar Al-quran yang bagus.

16

Ubah Mindset.

yang tepat dalam diri setiap guru.

Mindset yang diperlukan adalah pengajar perlu faham 2 perkara iaitu setiap pembelajaran memerlukan masa & proses.



Mereka juga perlu tanamkan satu mindset yang jelas iaitu tugas mereka adalah memberi tunjuk ajar yang betul kepada pelajar dan membetulkan mereka ketika silap.

Hakcipta Darul Ariff

17

8

Aspek

Pengajar yang bagus!

1 - Niat Mengajar Kerana Allah.

Mempunyai niat yang jelas akan membangkitkan fokus dan motivasi.


Seseorang boleh menjalani kehidupan — makan, tidur, bekerja dan hidup — tanpa mempunyai fokus dalam minda mereka.


Namun sebagai seorang muslim, perkara ini tidak dapat diterima. Setiap tindakan kita mestilah selari dengan apa yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah.


Tanpa niat yang jelas, maka biasanya masa dan niat akan dihabiskan untuk kepentingan diri. Bila ini berlaku, sisa-sisa produktiviti akan hilang.

Hakcipta Darul Ariff

18

2- Pastikan sentiasa dalam mood ceria.


Bagaimana ingin mengaktifkan mood yang ceria?


Jawapan yang paling mudah adalah mulakan dengan senyuman.

Pernyataan :


Wah! Cantiknya jam Alia. 

Wah! Putihnya gigi Alia.

Cantiknya baju Alia.


3- Bina hubungan dengan pelajar.


Sebelum memulakan pengajian, pengajar disarankan bina hubungan dengan pelajar dengan pertanyaan atau pernyataan rutin, sebagai contoh :


Pertanyaan :


Aiman sudah makan atau belum?

Aiman sihat tak?

Semalam Aiman pergi mana?




 



19

Hakcipta Darul Ariff

4- Laras bahasa yang mudah difahami.


Berikan setiap penerangan dalam bentuk laras

bahasa yang mudah & bersesuaian dengan faktor umur tertentu.


5- Ajar pelajar ikut kapasiti kemampuan mereka.

Sebagai pengajar, perkara penting dalam mengajar adalah boleh meramal tahap kemampuan setiap pelajar mereka. Jika pelajar itu lemah, guru harus mengajar mereka mengikut kapasiti kemampuan mereka. Ingat, adalah salah sebagai seorang guru mengajar ikut kemahuan mereka sahaja.


Ingat, pelajar kita adalah manusia, bukannya robot.



 



Hakcipta Darul Ariff

20

6-  Sifat sabar.


Pengajar wajib belajar dan ada sifat sabar. Sabar adalah kunci segalanya dalam pembelajaran. Kesan jika kita tidak sabar, kita akan terperangkap dalam emosi yang negatif.


7- Kawal kemarahan, anda menang.

Sebagai manusia, pengajar juga akan melalui satu emosi yang tidak asing lagi iaitu emosi marah. Cara mudah mengawal kemarahan adalah mereka mesti terlebih dahulu ada mindset yang betul.


Apakah mindset yang betul untuk kawal kemarahan ?


Mudah sahaja, jika pelajar lupa atau salah, segera bantu & ingatkan mereka. Pelajar yang tidak ada  salah, itu bukanlah belajar. Ingat, pembelajaran memerlukan masa & proses. Jika hari ini mereka tidak boleh, ingat esok masih ada.



 



Hakcipta Darul Ariff

21

8- Sentiasa berikan sokongan dan semangat.


Selalu beri mereka semangat ketika bacaan mereka salah. Sokongan guru amatlah bagus dan sihat dari segi psikologi dan emosi pelajar.


Jika mereka bagus dan betul, pujilah mereka diatas pencapaian mereka.


Ingatlah, mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan.


Guru yang bagus dan berkualiti mampu merubah manusia.


Hakcipta Darul Ariff

22

KETAHUI

CARA 

kanak-kanak berfikir

dan belajar mengaji.

Hakcipta Darul Ariff

23

80%

Menurut kajian yang dilakukan oleh Darul Ariff melalui survey daripada guru-guru yang hadir ke seminar & webinar Kaedah Easy Ngaji, sebanyak 80% kanak-kanak mengalami masalah kesukaran belajar mengaji.

Hakcipta Darul Ariff

24

Wajib tahu!

Guru perlu tahu cara

kanak-kanak

berfikir dan belajar.

Hakcipta Darul Ariff

25

Soalan :

Apakah langkah yang paling berkesan untuk untuk seorang guru mengajar kanak-kanak mengaji?

Hakcipta Darul Ariff

26

i.

Perlu ada ilmu asas Al-Quran.

Adalah wajib bagi seorang guru mengaji mempunyi pengetahuan asas Al-quran yang baik.

Hakcipta Darul Ariff

27

ii.

Perlu ada pengalaman.

Pengalaman mengajar mengaji merupakan satu bonus bagi seorang guru. Melalui pengalaman, datangnya kemahiran.

Hakcipta Darul Ariff

28

Bagaimana

pula jika guru tiada pengalaman mengajar ?

Hakcipta Darul Ariff

29

EASY NGAJI

Teknik Mengaji Lebih Easy

Merupakan suatu kaedah mengaji yang bertujuan memudahkan sesi

pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar.

30

3 Aspek Utama

MODUL

SISTEM

Latihan

EASY NGAJI

Kaedah pembelajaran mengaji

yang lebih mudah

Hakcipta Darul Ariff

31

KATA HIKMAH

Kemajuan akan datang bila kita lakukan perubahan.

Ustaz ARIFF NOOR

32

INFOGRAFIK & TESTIMONI

33

34

35

36

Dato' Shamsiah Bt.

Abdul Rahman

Pengerusi Jawatankuasa Latihan MAKPEM

Ustaz Mohamad Nor Ariffuddin

b. Mohamad Noor

Pengerusi Darul Ariff

35

EASY NGAJI

"Setelah 4 tahun mengajar, akhirnya saya temui satu teknik mengajar iqra yang lengkap serta mudah untuk diajar pada kanak-kanak."

- Hasfina binti Mohaine -

LITTLE CALIPHS Tadika permata Al fateh

36

EASY NGAJI

"Satu ilmu yang mengajar kita cara lebih seronok untuk tarik minat pelajar untuk lebih bijak membaca iqra dengan pantas."

- ZA'IMAH BINTI SAIDIN -

TADIKA AL UMMAH

37

EASY NGAJI

"Boleh praktikkan dengan kaedah yang betul serta step by step yang boleh buat kita faham"

- nur nadra arisha -

TASKA ASY SYIFA

38

EASY NGAJI

"Nampak banyak pembaharuan dari segi sistematik untuk mengajar mengaji anak-anak."

- roslina saleH -

LiTTLE TOTS ISLAMIC KINDERGARTEN

Adalah menjadi satu ​kewajipan kita mendidik ​kanak-kanak mengaji dengan ​baik. semuanya harus bermula ​dari seorang guru.

USTAZ ARIFF NOOR


Perlukan latihan kemahiran untuk guru-guru anda dalam pengajaran mengaji kanak-kanak ??

Kami nak bantu lebih ramai pengusaha serta guru-guru tadika dan sekolah rendah dengan kaedah mengaji yang sangat mudah dan berkesan.

Paling penting kami berikan result serta impak agar guru mudah mengajar dan kanak-kanak seronok belajar mengaji.

Jika anda ingin melihat perubahan yang positif dalam subjek mengaji kanak-kanak, sertai kami di webinar :


KEMAJUAN SUBJEK MENGAJI

KANAK-KANAK



  • Sabtu - 9.4.2022
  • 10 am - 12 pm
  • Yuran RM20 / 1 pax
  • 010-7687060

darul ariff centre

Darul Ariff Centre