Darul Ariff telah ditubuhkan secara rasmi oleh Ustaz Mohamad Nor Ariffuddin bin Mohamad Noor pada tahun 2016.


Sepanjang tempoh penubuhannya, pusat pengajian Darul Ariff kini mula dikenali ramai kerana telah berjaya menambat hati golongan dewasa & kanak-kanak kerana mempunyai satu sistem pembelajaran yang sistematik & cara penyampaian yang berhemah dan mudah difahami.


Pengasasnya yang lebih dikenal sebagai Ustaz Ariff Noor yang juga merupakan seorang hafiz Al-quran pada usia 15 tahun, memandang serius tentang hala tuju pembelajaran iqra' dan al-quran kanak-kanak pra-sekolah sehingga golongan dewasa.


Ini kerana tiada modul atau sistem pembelajaran yang kukuh dalam kategori kanak-kanak dibawah usia 7 tahun.


Hasil daripada pengalaman selama 10 tahun serta kajian perlaksanaan dan pemantauan, kini pihak Darul Ariff telah menerbitkan satu modul dan sistem pembelajaran iqra' dan al-quran yang mudah serta berkesan untuk semua golongan khususnya kanak-kanak.

Misi

Melahirkan generasi yang celik Al-quran dengan memberikan pembelajaran mengaji yang lebih mudah dan berkesan bermula dengan kanak-kanak.

Visi

Seluruh kanak-kanak khususnya prasekolah di Malaysia, capai kemajuan dalam subjek mengaji sama taraf dengan subjek akademik yang lain.

INFOGRAFIK JELAJAH NGAJI AULAD

DI LOTUS MALL SERI ALAM, JB

INFOGRAFIK SEMINAR NGAJI AULAD DI SELURUH MALAYSIA

Dato' Shamsiah Bt.

Abdul Rahman

Ustaz Mohamad Nor Ariffuddin

b. Mohamad Noor

Pengerusi Jawatankuasa Latihan MAKPEM

Pengerusi Darul Ariff